Aku...

My Photo
Tampin, N.Sembilan, Malaysia
Pendidik, Pembebel, Pengarut

Wednesday, February 15, 2012

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam





KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

 
Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. 

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. 

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
 
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)




Selepas Kata:

Berkahwin kerana Allah kerana agama



Toyo:

Doakan semoga aku bertemu jodoh 

ehh..insyaAllah..amin..^^,


Wednesday, January 25, 2012

Tiada Kata di Hari Rabu #12

Assalammualaikum & Selamat Pagi..^^,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinanNya dapat aku terus hidup di dunia ini..Alhamdulillah..


Alhamdulillah cuti perayaan ini dapat berehat dirumah walaupun tidak setenang yang diharapkan..Alhamdulillah..moga aku dan dia diberikan ketabahan, kesabaran, ketenangan untuk menempuhi bersama-sama..InsyaAllah..^^,

Sedikit pengkongsian ilmu tentang Keikhlasan Hati ^^,


Selepas Kata:
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Toyo:
Rindu diri nya..Rindu sangat-sangat..Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, kembali sinar dihatinya..kembalikan..kembalikan..

Friday, January 20, 2012

Why Complicate Life


Selepas Kata:
Hidup ini terlalu singkat untuk dirumitkan. Beranikan diri untuk terima dan hadapi kenyataan


Toyo:
Selamat hari raya dan bercuti. Bergembira bersama yang tersayang

Wednesday, January 18, 2012

Tiada Kata di Hari Rabu #11


Mendapat 2 berita buruk yang tidak disangka-sangka berkaitan kerja. Sangat kecewa & hancur hati ini.


Selepas Kata:
Gunakan kekuasaan/pangkat yang diberi tuhan dengan penuh amanah dan integriti. Jangan menyusahkan dan menganiaya hidup orang lain!

Toyo: 
Terima kasih sayang kerana berada disisi dikala abg memerlukan sokongan dan dorongan.

Monday, January 16, 2012

Richard Marx - Right Here Waiting





Toyo:
Wherever you go, Whatever you do, I will be right here waiting for you, Whatever it takes, Or how my heart breaks, I will be right here waiting for you

Thursday, January 12, 2012

2day is Thursday...


Sedang sibuk dalam minggu HSK (Hari Suai Kenal) pelajar Sesi Januari 2012. Minggu depan kelas akan bermula. Persediaan perlu dibuat untuk mengajar..^^,

Selepas Kata:
Seronok melihat telatah pelajar membuat persembahan..Terhibur dan melihat diri ini dalam diri mereka beberapa tahun dahulu..


Toyo:
Rindu untuk bersama si dia..Rindu serindu-rindunya..

Sunday, January 01, 2012

1.1.2012

Senyum tak perlu kata apa-apa



Selamat Tahun Baru!!! Peace Yo!!


Selepas Kata:
Moga segala yang diimpikan menjadi kenyataan tahun ini..

Toyo:
Seperti2 tahun2 sebelumya, mlm tahun baru berada di rumah..^^,

Usia Blog


Make your own Countdown Clocks

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes